M3T4B4: 4.1.2 Operasi Set
4.1 Persilangan Set
Objektif Pembelajaran:
4.1.2 Menentukan pelengkap bagi persilangan set.
Bagaimanakah anda menentukan pelengkap bagi persilangan set?
Pelengkap bagi persilangan set ditulis menggunakan tanda “ ' ”.
(A B)' dibaca sebagai “pelengkap bagi persilangan set A dan set B”. Pelengkap bagi persilangan set A dan set B bermaksud semua unsur yang bukan dalam persilangan set A dan set B.
UJI TEROKA 4.1.2: Tujuan: Menentu pelengkap bagi persilangan set. Arahan: 1. Lihat pada dua gambar rajah Venn (Venn Diagram) yang dibawah. 2. Klik pada petak putih diruangan sebelah kanan yang berwarna hijau. 3. Perhatikan apakah yang berlaku pada set A dan B diruangan sebelah kiri yang berwarna krim, setelah petak putih di klik. 4. Cuba kaitkan dengan tujuan uji teroka dilakukan. 5. Buat satu rumusan berhubung objektif pembelajaran yang telah kita pelajari pada hari ini. 6. Uji pengetahuan anda dengan mengikuti Quizizz yang disediakan di akhir lembaran GeoGebra ini.