M3T4B4 4.2.1 Kesatuan Set
4.2 Kesatuan Set
Objektif Pembelajaran:
4.2.1 Menentu dan menghuraikan kesatuan set.
UJI TEROKA 4.2.1:
Tujuan: Menentu dan menghuraikan kesatuan set.
Arahan:
1. Lihat pada dua set dengan senarai unsur yang diberi.
2. Perhatikan semua unsur dalam dua set berkenaan.
3. Senaraikan semua unsur yang terdapat pada dua set tersebut kedalam tatatanda set pada petak berwarna hijau tanpa mengulang nombor yang sama.
4. Klik petunjuk untuk semakan jawapan atau mendapatkan petunjuk.
5. Klik ke soalan seterusnya untuk latih sehingga mahir.
Perbincangan:
Bagaimanakah anda dapat menentukan kesatuan set berdasarkan aktiviti di bawah?